Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Badan lelaki terputus dua dekat Sibu


SIBU – Seorang lelaki terputus dua badannya akibat terkena besi penghadang jalan selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pikap di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Katanya kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 20 tahun bergerak melalui Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu.


“Sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah dilanggar oleh sebuah Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang memasuki laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.







- KOSMO! ONLINE