Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lagi kes kanak-kanak mati akibat strok haba

Syahrol menunjukkan surat perakuan kematian yang berpunca dari strok haba. 

KLUANG – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di sini semalam disyaki berpunca daripada strok haba.

Bapa kanak-kanak itu, Syahrol Azmi Mohd Hekak berkata, Airiel Syahren merupakan anak keduanya disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat septic shock secondary to meningoencephalitis di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut meninggal dunia kira-kira pukul  7 pagi mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot dan muntah.


“Saya pada permulaan seperti dengar benda bunyi jatuh yang kuat dan mendapati dia (anak) seperti tekena kekejangan dengan keadaan badan merengkot.

“Melihatkan keadaan anak sedemikian sudah pasti buat saya berasa panik kerana tidak pernah mengalami situasi ini, apa yang saya boleh lakukan waktu itu saya hubungi 999 dan ia terus sambungkan panggilan saya ke Hospital Kluang.

“Ketika itu pihak hospital bertanya adakah anak saya pernah menghidap penyakit sawan dan waktu itu saya hanya mengikut arahan pihak hospital dengan mengiringkan badan anak sehingga tunggu ambulan sampai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syahrol, beliau menerima panggilan daripada hospital tidak lama selepas itu yang memintanya datang ke wad.

“Tetapi tidak lama kemudian jantung saya macam nak gugur apabila tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.

“Ketika meninjau di tabir katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ,” katanya.

Kanak-kanak tersebut telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas solat Zohor semalam.

-MalaysiaGazette