Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kepala ditembak empat kali, lelaki maut dekat balai polis


SELANGOR -- Seorang lelaki maut dengan empat kesan tembakan di kepala dalam kejadian dekat Balai Polis Sungai Jarom di Kuala Langat malam tadi.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Nor @ Saleh, berkata pihaknya menerima aduan kejadian itu daripada sukarelawan polis kira-kira 11.30 malam.

Katanya, pengadu sedang membuat rondaan keselamatan di balai polis itu dan mendengar beberapa letupan kuat dekat kawasan terbabit sebelum mendapati seorang lelaki tempatan yang berlumuran darah terbaring di bahu jalan.

“Unit Forensik IPK Selangor hadir dan menemui lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian. Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati empat kesan tembakan di bahagian kepala,” katanya menurut Utusan Malaysia.


Beliau berkata, pegawai Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala.

Katanya, mangsa berusia 39 tahun itu mempunyai 13 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ridhwan berkata, polis giat mengesan suspek dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Katanya, individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh ke balai polis berdekatan atau hubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03 31872222.

-Bernama