Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja perempuan dibunuh, ditemui dalam semak



SANDAKAN: Seorang remaja perempuan ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, hari ini.

Mayat mangsa berusia 15 tahun itu ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur.


"Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.


"Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.