Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Persidangan UMNO Lahad Datu kecoh, ahli bertumbuk atas pentas (video)


Lahad Datu: Persidangan Umno Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana, di sini, hari ini kecoh apabila berlaku insiden pergaduhan di atas pentas.

Video kejadian yang berlaku di Dewan Sri Perdana, Lahad Datu, itu turut tular di media sosial.

Difahamkan, pergaduhan berpunca akibat provokasi daripada penyokong calon yang bertanding.


Berdasarkan video yang tular, terdapat beberapa penyokong yang tidak berpuas hati lalu bertindak menaiki pentas ketika Ketua Bahagian Umno Lahad Datu, Mejar (K) Khalid Harun sedang berucap.

Tindakan berkenaan seterusnya menyebabkan lebih ramai lagi penyokong menaiki pentas sehingga tercetusnya pergaduhan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, kekecohan bermotifkan provokasi hingga menimbulkan pergaduhan.

"Polis berjaya mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada DPP) (Timbalan Pendakwa Raya)," katanya.

-BHonline

video: