Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menurut PM Anwar, China kini menjadi keutamaan Malaysia semula



BEIJING – Lawatan ke negara ‘kuasa’ ekonomi China menjadi keutamaan kepada Malaysia kerana ia adalah ‘jiran rapat’ dan rakan dagang terbesar di luar rantau Asean, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun terdapat beberapa isu bahawa Beijing tidak berpuas hati kerana kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengganggu projek infrastruktur bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan "Belt and Road Initiative", namun pertemuan Anwar dengan Wang Yi dilihat mungkin akan memberi gambaran sebaliknya terhadap Malaysia. 

Amwar juga mengulangi keperluan untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagang Malaysia, terutama dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan.

“Sebab itu saya datang ke China dahulu (di luar Asean), diberi keutamaan. China adalah jiran dan rakan dagang. Sebagai sebuah negara perdagangan, kita perlu meningkatkan hubungan dua hala dengan semua, termasuk AS (Amerika Syarikat).

“Saya memulakan lawatan antarabangsa saya dengan jiran terdekat kami di Asean (selepas dilantik sebagai Perdana Mentero November lalu). Lawatan ke Turki adalah selepas gempa bumi di sana, manakala perjalanan ke Arab Saudi adalah untuk ziarah umrah,” katanya kepada lebih 200 tetamu dan diaspora Malaysia pada Majlis Iftar di Kedutaan Malaysia di sini, malam ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, rakyat Malaysia di luar negara, sama ada di China atau lain, mempunyai peranan untuk mengukuhkan hubungan dua hala kerana mereka ‘mewakili negara’.

“Anda amat dihargai kerana anda semua sudah membantu mewujudkan hubungan dua hala yang baik dan memudahkan hubungan diplomatik.

“Rakyat Malaysia di China adalah contoh dan teladan yang baik. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan dua hala bukan terletak pada Kementerian Luar sahaja, tetapi tanggungjawab kolektif oleh pegawai kerajaan, komuniti perniagaan, konglomerat serta profesional di sini,” katanya.

Tambahnya, dengan kerajaan stabil dan ekonomi sihat, kerajaan Malaysia boleh menyelesaikan banyak isu, seperti jaringan keselamatan sosial, pertumbuhan ekonomi, keselamatan makanan, kemajuan teknologi serta pendidikan.

Mengulas mengenai kritikan dilemparkan pembangkang terhadapnya, beliau mengalu-alukan sebarang nasihat membina, namun menegaskan Malaysia ‘tidak berkompromi’ berhubung ketegangan kaum dan agama yang mengganggu gugat keharmonian sosial negara.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen pembangkang mengkritik hebat Anwar berhubung lawatan rasminya ke Arab Saudi.

Pihak terbabit turut mendesak Perdana Menteri supaya memaklumkan kepada Parlimen berhubung hasil lawatannya, selepas beliau dilaporkan tidak bertemu dengan rakan sejawatnya di sana. 

– The Vibes/TunCarlos