Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KDN sahkan ROS lulus usul tak pertanding 2 jawatan tertinggi UMNO


PETALING JAYA: Jawatan Presiden , Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan

Ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bahawa yang dibawa ke Perhimpunan Agung Umno 2022 baru-baru ini mendapat pengecualian daripada kementerian berkenaan.

Ini sekali gus mengesahkan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung status usul tambahan yang dikemukakan dan diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lalu.

Ia selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Ahmad Zahid supaya mendedahkan bukti surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menyatakan UMNO tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah meneliti mengenai ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan tersebut daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).


“Kementerian telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Di bawah Seksyen 70, menteri diberi kuasa untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memberi kelulusan terhadap usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan seperti diluluskan dalam Perhimpunan Agung.

Katanya, surat pengesahan berhubung kelulusan tersebut telah diterima partinya semalam, termasuk pengecualian daripada pematuhan kepada Seksyen 13 (1)(c) (4) Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Malah, beliau mendakwa ROS mendapati kelulusan usul itu mengikut Akta Pertubuhan dan berkuat kuasa sepenuhnya serta memberi keabsahan yang mana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tidak dipertandingkan. 

–UTUSAN