Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Goldman Sachs: Muhyiddin patut terima pampasan lebih tinggi -Tun M


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia sepatutnya menerima pampasan lebih tinggi daripada Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB, berbanding penyelesaian yang dicapai ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Mahathir berkata perkara itu tidak berlaku kerana Muhyiddin terlalu bermurah hati.

“Kita berpendapat Goldman Sach patut bayar lebih daripada yang dipersetujui oleh Muhyiddin.

“Muhyiddin begitu murah hati, dia bayar sikit saja duit cukuplah. Tetapi kita berpendapat bahawa Goldman Sach sepatutnya bayar sekurang-kurangnya AS$ 8 bilion,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerajaan dibawah pentadbirannya sebelum ini mencapai penyelesaian lebih tinggi dengan Goldman Sachs berbanding yang diumumkan Muhyiddin ketika menjadi perdana menteri kelapan.

Ia selepas NGO Aliran semalam menggesa kerajaan untuk menjalankan audit forensik terhadap penyelesaian yang dicapai pada Julai 2020 tersebut, iaitu sebanyak AS$2.5 bilion dan aku janji AS$1.4 bilion untuk aset boleh diperoleh semula.

Menurut Aliran, jumlah itu lebih rendah daripada AS$9.6 bilion yang dianggarkan bekas peguam negara Tommy Thomas, seperti yang dinyatakan dalam memoirnya, My Story: Justice in the Wilderness.


Bulan lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani turut menggesa siasatan terhadap penyelesaian itu.

Pada 4 November 2019, iaitu kira-kira tiga bulan sebelum dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir berkata kerajaan masih berunding dengan Goldman Sachs mengenai jumlah pampasan, selepas tawaran yang dibuat bank tersebut dianggap terlalu rendah.

Sebulan kemudian, Mahathir menyuarakan harapan agar penyelesaian luar mahkamah dapat dicapai dengan Goldman Sachs tetapi tetap menegaskan pampasan AS$1 bilion yang ditawarkan terlalu kecil.

Dia ketika itu berkata kerajaan menuntut $7.5 bilion daripada Goldman dan rundingan masih berjalan.

-Malaysiakini