Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Annuar Musa masuk PAS


KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa memilih Pas sebagai wadah perjuangan baharu dalam arena politik negara.

Sumber Pas Kelantan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

“Setakat ini semua itu masih dalam proses dan kita berharap semuanya berjalan dengan lancar.


“Mengenai tarikh serahan borang itu, saya tidak mempunyai maklumat yang tepat setakat ini. Doakan semuanya berjalan lancar dan sempurna,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Annuar yang juga bekas dipecat daripada parti itu selepas didakwa lantang mengkritik kepemimpinan parti itu terutamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Susulan itu, Annuar menggerakkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) selain menegaskan ia bukan sebuah badan politik.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan Annuar yang ketika ini berada di Mekah gagal apabila mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas dan hanya dibaca sahaja.

-UTUSAN