Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengetua temui ajal ketika seks bersama guru wanita di hotel


Seorang pengetua sekolah dilaporkan meninggal dunia ketika bersama seorang guru wanita di dalam sebuah bilik hotel di Tulungagung, Jawa Timur pada 24 Januari lalu.

Menurut laporan KOMPAS.Com, lelaki berusia 50 tahun itu disyaki mempunyai hubungan sulit dengan guru tersebut dimana kedua-duanya bertugas di sekolah sama.

Difahamkan, pada pagi sebelum kejadian, pasangan bukan suami isteri itu dikatakan pergi menginap di hotel berkenaan namun tidak lama selepas itu, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Panik dengan situasi yang berlaku, guru itu segera meminta bantuan pihak hotel sebelum mangsa sempat diberikan bantuan pernafasan.


Walau bagaimanapun, pengetua berkenaan tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Berdasarkan keterangan guru terbabit kepada polis, mangsa tidak mengambil sebarang ubat-ubatan sewaktu melakukan hubungan intim.

Memetik laporan Indo Zone pula, guru berusia 39 tahun itu sudah dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar aturan dan etika sebagai seorang pendidik kerana sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak bangsa.

-Kompas