Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nazri Aziz dilantik Duta ke Amerika Syarikat


Bekas anggota parlimen Umno Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat mulai hari ini, kata Wisma Putra. 

Kementerian luar berkata Yang di-Pertuan Agong sudah menganugerahkan watikah pelantikan kepada Nazri dan sembilan orang lagi untuk mengetuai misi diplomatik luar negara di Istana Negara hari ini.


Menurut kementerian, lantikan itu dibuat dengan mengambil kira latar belakang Nazri yang merupakan graduan Lincoln’s Inn United Kingdom serta mempunyai pengalaman luas sebagai menteri.

-MalaysiaKini