Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib minta wakil ziarah balu Allahyarham Pegawai Penjara


MENURUT pentadbir akaun Facebook Najib Razak, Datuk Seri Najib telah membuat permintaan agar wakil keluarga beliau menziarah balu kepada seorang pegawai Penjara yang baru menghembuskan nafas terakhir.

"Atas makluman dan permintaan DSN, wakil keluarga DSN telah menziarahi Puan Nurul Malisa, balu kepada Allahyarham Tuan Insp. Abd Aziz Harun, pegawai Penjara Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah baru-baru ini." 


"Menyampaikan mesej dan ucapan takziah daripada DSN kepada keluarga Allahyarham.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah." ujar kenyataan itu.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di atas sabitan kes SRC. 

-Tun Carlos 

Klik ke pautan asal