Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aweera sertai semula kumpulan MOJO


Penyanyi bersuara tinggi Aweera kini kembali mengisi tempat sebagai vokalis kumpulan Mojo.

Menurut laporan dari Mstar, Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 32, berkata, dia kini lebih matang dan mahu memberi fokus terhadap perkembangan karier seninya dan meletakkan semua kenangan pahit sebagai sejarah.

"Kontroversi sebelum ini berlaku ketika saya masih berusia 20-an. Saya anggap ia satu proses pembelajaran dalam melalui fasa tersebut.

"Sekarang ini saya lebih matang. Insya Allah selepas ini mahu fokus kepada karier dan menjadi seorang yang lebih dewasa," katanya.

Tambah Aweera sepanjang dia bergerak solo selepas menarik diri daripada Mojo pada 2014, peminat masih terus mengaitkan namanya dengan kumpulan tersebut.

Malah dia sendiri meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Edry, Johar dan Denny sebagai anggota asal yang pernah popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

"Walau sudah lama tidak bersama Mojo, orang masih menyebut saya sebagai salah seorang anggotanya. Ramai juga yang kenal saya sebagai vokalis Mojo.

"Sebenarnya memang rindu untuk kembali beraksi dengan mereka," jelasnya.

Kontroversi di antara Aweera dan Mojo hangat diperkatakan apabila penyanyi itu secara tiba-tiba dipinggirkan sehingga tempatnya digantikan oleh Azmi Caliph Buskers bagi menyanyikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu ke-29.


Sementara itu, Mojo kembali dengan sebuah lagu baharu berjudul Superstar yang mengisahkan tentang perjuangan dan impian bintang baharu mengejar cita-cita dalam dunia seni.

Menurut Edry Abdul Halim sebagai penggubah lagu, single tersebut disifatkan sebagai istimewa dan akan menjadi salah satu senarai lagi dalam EP mereka akan datang.

"Walaupun kami kini mempunyai kerjaya dan sibuk dengan kehidupan masing-masing, perasaan rindu untuk bekerjasama sebagai sebuah kumpulan muzik dan bertemu peminat amat dirasai.

"Sebelum Mojo hilang dari ingatan peminat, kami rasakan ini masa yang terbaik untuk bergabung semula dengan semangat baru," jelasnya.

sumber: Mstar