Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahli UMNO dilanyak? Ini respon Zahid kepada Ismail Sabri


PUTRAJAYA - Dakwaan ahli UMNO 'dilanyak' seperti pembangkang disifatkan hanya pendapat peribadi Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, Ismail Sabri berhak membuat kenyataan sedemikian, namun ia terserah kepada rakyat untuk diadili.

"Selalunya seseorang tokoh yang telah meninggalkan jawatan berpuluh tahun, lima atau sembilan tahun... 22 bulan, 17 bulan atau 14 bulan, mereka merasakan bahawa kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tidak baik," katanya sinis.


Menurut Presiden UMNO itu, beliau tidak mempunyai sebarang pandangan yang boleh menyanggah atau bersetuju dengan Ismail yang juga bekas Perdana Menteri.

"Jadi kita serahkan kepada masyarakat terutamanya ahli-ahli untuk menilai sendiri," katanya menerusi sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Khamis.

Terdahulu, Ismail Sabri menerusi wawancara sebuah akhbar tempatan berkata, UMNO kini dilihat menyanjungi pemimpin parti lain sedangkan ahli-ahlinya dilanyak seperti pembangkang.

-Sinar