Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pisau terpacak di muka, ditikam rakan sekerja



GEORGETOWN : Polis menahan empat pekerja kilang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan seorang daripada mereka ditikam dengan pisau di bahagian muka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chai Leng Park, Perai, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.25 pagi itu, dua suspek cedera di muka dan tangan, manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, seorang daripada suspek turut ditikam dengan pisau di bahagian pipi dan pisau itu masih tertusuk pada wajahnya ketika dia menerima rawatan di hospital.

“Siasatan mendapati, sebelum kejadian semua suspek minum minuman keras bersama sehingga mabuk sebelum bergaduh.

“Pihak polis turut merampas sebilah pisau lipat sepanjang 15 sentimeter yang disyaki digunakan suspek,” katanya pada sidang media hari ini.


Mohd Shuhaily berkata, semua suspek berusia 23 hingga 27 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam hingga 25 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Pihak majikan diminta menasihati pekerja asing di bawah seliaan mereka supaya tidak melakukan perkara seumpama itu kerana dikhuatiri menggugat ketenteraman orang ramai.

“Berdasarkan gambar kita boleh lihat betapa serius kecederaan yang dialami iaitu suspek sanggup menikam rakannya sendiri,” katanya.

-Berita Harian