Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isteri-isteri bekas jurulatih bola bergaduh di restoran, kes polis


Shah Alam: Kontroversi perkahwinan bekas jurulatih Liga Super sekali lagi panas apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua isterinya semalam.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku di restoran di Shah Alam kerana perselisihan faham antara mereka berdua.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, pergaduhan berlaku di restoran di sini.

"Kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam)," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 50-an masih lagi laku selepas berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Wanita yang dikahwini berkenaan bukanlah calang-calang kerana dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

-Hmetro