Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

B40: Bantuan tunai dikreditkan besok


PUTRAJAYA - Bantuan kewangan tunai di bawah Kementerian Kewangan (MOF) untuk golongan B40 diawalkan dari Mac kepada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran fasa pertama bantuan yang kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan implikasi kewangan RM1.67 bilion.

"Ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar mulai 17 Januari," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, seramai 4 juta penerima isi rumah menerima RM300, 1.2 juta warga emas tiada pasangan (RM100) dan 3.5 juta penerima bujang (RM100).


"Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama," ujarnya.

Beliau berkata, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai tarikh sama bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

"Semakan status pembayaran akan dibuka mulai Selasa dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my," katanya.

-Sinar