Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan fokus siapkan hingga 3 kapal LCS -Rafizi



PETALING JAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan sebanyak dua hingga tiga buah kapal tempur pesisir (LCS) akan disiapkan selepas negara digemparkan dengan skandal projek berkenaan sebelum ini.

Dalam ciapan di laman Twitter, beliau memaklumkan fokus buat masa ini adalah untuk menyiapkan kapal tersebut dengan baki peruntukan yang ada.

“Fokus sekarang siapkan dua hingga tiga LCS dengan wang berbaki,” ciapnya hari ini.

Rafizi berkata demikian sebagai membidas kenyataan pihak yang mempersoal pendedahan beliau berhubung skandal projek pembinaan LCS.

Ahli Parlimen Pandan itu turut memaklumkan beliau sudah mendedahkan semua perkara berkaitan skandal tersebut sebelum ini.


“Dah dedah penuh pun, ada yang didakwa, ada siasatan masih berjalan.

“Nak tunggu geng PN (Perikatan Nasional) pula dedah skandal macam saya dulu. Tapi tidak boleh buta tarikhlah kalau nak dedah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini. 

– UTUSAN