Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Raba sepupu bini, suami berdepan penjara 20 tahun


MELAKA: Seorang peniaga buah berusia 22 tahun berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang juga sepupu isterinya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan sama dengan meraba serta mencium mangsa sama yang ketika itu sudah berusia 17 tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Lintang dalam daerah Melaka Tengah antara Jun 2021 hingga April 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa adalah sepupu kepada isteri tertuduh.


Pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 berserta syarat tambahan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga buah potong dengan pendapatan RM2,000 sebulan, selain perlu menjaga ibu bapa mentua yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dan keluarganya tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. 

– UTUSAN