Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Ahmad Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.


"Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.

"Mereka dipecat daripada ahli UMNO… mereka bukan ahli MKT… ada yang ketua bahagian.

"Tiga orang dipecat. Dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian," katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato' Onn.

Menurut sumber, senarai bahagian yang dipecat adalah:

1. Ketua Bahagian Ketereh (Tan Sri Annuar Musa)
2. Ketua Wanita Arau (Datuk Seri Shamsiah Yasin)
3. Ketua Wanita Maran (Datin Seri Fatimah Kassim)

Kedua-dua ketua wanita tersebut digantung oleh Umno sejak 13 November lepas kerana didakwa menyebelahi calon lawan BN semasa PRU15 iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim.


-UMNO Online