Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu RM600B: SPRM tunggu dokumen perincian RM92.5 billion dari MOF


KUALA LUMPUR –  Siasatan awal penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion mendapati anggaran jumlah peruntukan untuk dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 adalah sebanyak RM530 bilion.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion pula bukan daripada kerajaan.

“SPRM telah menerima daripada Kementerian Kewangan butiran pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahu 2020 dan 2021 berkenaan pengurusan Covid-19

“Hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion. Berdasarkan jumlah tersebut RM92.5 billion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan.

Pihak Kementerian Kewangan, menurut SPRM, sedang meperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada badan pencegahan rasuah itu minggu hadapan.

Semalam SPRM mengesahkan satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion telah pun dibuka

Suruhanjaya itu juga menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bukti atau dokumen supaya menyerahkannya kepada SPRM.


Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara sama namun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai siasatan terbabit.

Kontroversi mengenai dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Menurut Anwar, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran melibatkan isu itu.

– MalaysiaGazette