Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tok Mat lantik Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan UMNO baharu



KENYATAAN RASMI ISHAM JALIL

Saya baru dimaklumkan sebentar tadi melalui telefon oleh Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hasan dan juga Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Ahmad bin Maslan bahawa susulan daripada perletakan jawatan Encik Shahril Hamdan dan perbincangan di antara kepimpinan tertinggi parti, saya telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkuatkuasa hari ini. 


Surat rasmi telahpun ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih ke atas perlantikan ini dan ke atas kepercayaan parti terhadap saya. Saya akan memegang amanah ini dengan sebaiknya. 

Sekian, terima kasih. 

Salam,
Isham Jalil
20 November 2022