Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Pemuda UMNO ucap terima kasih




KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Saya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada 13,728 rakyat Parlimen Gerik yang telah memilih saya dalam PRU kali ini. Namun, benarlah hanya Allah pemilik segala kekuasaan. 

Dialah yang berhak memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki dan menariknya daripada sesiapa yang Dia dikehendaki. Tiada daya upaya melainkan dengan izinNya jua.

Maka berdamailah dengan takdir dan redhalah saya atas setiap apa yang ditentukan kepada diri ini.

Terima kasih juga kepada seluruh jentera BN khususnya jentera PDM, Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri, sahabat-sahabat dan semua pihak yang bertungkus lumus memastikan proses demokrasi berlangsung dengan baik sama ada di Gerik mahupun seluruh Malaysia.


Tahniah buat semua yang menang dan bersabarlah kepada semua ahli dan penyokong yang keputusannya tidak memihak kali ini. 

InsyaAllah kita berdoa agar keputusan PRU kali ini akan dapat menzahirkan sebuah kerajaan yang stabil dan kompeten pilihan rakyat.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel. Cukuplah Allah sebagai penolong kami.

Dr Asyraf Wajdi