Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sultan Perak terima sembah maklum permohonan BN dan PH bentuk kerajaan negeri


IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Saarani Mohamad sebentar tadi.

Saarani berkata, keputusan persetujuan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri itu telah disembah maklumkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin.


Kerjasama itu bakal menyaksikan gabungan berkenaan mempunyai 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan PH berjaya menenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi.

-Sinar Harian