Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Berborak saja dengan Anwar, belum sign SD lagi -Ismail Sabri


"Tidak ada pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH)," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ringkas selepas tamat sesi sidang media membabitkan 26 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur, pagi ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bercanggah apabila kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di lokasi sama sejak jam 10 pagi lagi.

"SD tak sign lagi. Kita cuma borak-borak dengan PH"  kata Ismail Sabri


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 ahli parlimen daripada 30 yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Bendahari Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein mengulangi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sambil menambah rela dipecat berhubung kenyataan itu.

-BeritaHarian