Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gempa bumi di Indonesia, jumlah korban meningkat


CIANJUR - Jumlah korban akibat gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter yang melanda wilayah Jawa Barat, Indonesia pada Isnin meningkat kepada 162 orang.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata, dalam tempoh 24 jam lalu seramai 326 orang diberikan rawatan dengan kebanyakan mangsa mengalami patah tulang akibat ditimpa runtuhan bangunan.

Tambahnya, sebahagian besar mangsa yang cedera adalah kanak-kanak dengan doktor merawat pesakit di kawasan luar hospital susulan bekalan elektrik terputus selama beberapa jam.

"Operasi SAR (mencari dan menyelamat) dipergiat bagi mengesan ratusan penduduk yang masih hilang," katanya.

Difahamkan, gegaran turut mencetuskan tanah runtuh di kawasan bencana.

Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia (BNPB) dalam satu kenyataan menyebut bahawa lebih 2,000 rumah rosak dan kira-kira 13,000 penduduk dibawa ke pusat pemindahan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan, gempa bumi berlaku pada jam 1.21 tengah hari (waktu tempatan).


Pusat gempa berada di barat daya daerah Cianjur pada kedalaman 10 kilometer (km).

Bagaimanapun BMKG menyatakan gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami.

Pun begitu, Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati memberi amaran kepada penduduk di sekitar kawasan gempa supaya berwaspada dengan gegaran susulan. 

video:





- Agensi