Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ini komen Zahid selepas bebas dari 40 pertuduhan rasuah


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya berhubung menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa, berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.


Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dalam penjelasannya hakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tiga saksi utama mereka tidak boleh dipercayai.

Saksi yang dimaksudkan itu ialah bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) David Tan Siong Sun, dan bekas pengarah syarikat tersebut, Harry Lee Vui Khiun serta Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani.

Dalam keterangannya sebelum ini, Tan memberitahu mahkamah, dia dan Wan Quoris - dengan arahan Lee - pernah menghantar wang tunai berjumlah RM3 juta dalam beg pakaian ke kediaman Zahid.

Mahkamah diberitahu bahawa Tan membuat rekod untuk menunjukkan penghantaran wang tunai bulanan kepada Zahid bermula dari Okt 2014 hingga Ogos 2018.

Sementara itu, Zahid berkata dirinya diaibkan, dimalukan dan “ditelanjangkan” atas tuduhan menerima rasuah walaupun sebelum mahkamah membuat keputusan.

“Saya telah diaibkan, dimalukan, malah ditelanjangkan dengan pelbagai anggapan dan saya telah dihukum terlebih dahulu oleh court of public opinion.

“Tapi Jumaat ini kebenaran perundangan ditegakkan,” katanya pada sidang media di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas keputusan mahkamah hari ini.

-Malaysiakini