Nor Ernie Rossmiere 24 tahun, isteri baru Dato Dr Nazri Khan membalas komen netizen yang mencaaci dirinya dan melabel sebagai perampas.
Dia seakan tidak duduk senang apabila netizen menyerang di media sosialnya dan mempersoalkan adakah dirinya benar-benar perampas.
Ini kerana sebelum ini Dato Dr Nazri Khan (DDNK) iaitu suaminya telah bercerai dengan isteri yang lama sebanyak 3 kali?
“Kalau ex wife dia baik sangat mcm yang netizen puji, kenapa sampai bercerai tiga kali sampai tak baik dengan mertua dan adik beradik semua?
“Baik sangatkah isteri lama sehingga ahli keluarga suami juga turut tidak menyukainya”, tulisnya.
Dalam masa yang sama, salah seorang ahli keluarga DDNK memberi kata-kata semangat kepada ipar barunya untuk bersabar dan bersatu sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Rakan-rakan Ernie turut memberi kata-kata semangat kepadanya dan menyuruh netizen berhenti mengecam jika tidak mengetahui perkara sebenar.
-OhKacak