Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akaun Telegram peribadi Perdana Menteri kena godam


Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ismail yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter meminta mereka yang menerima mesej daripada akaun berkenaan supaya mengabaikannya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Perhatian: Akaun Telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” katanya.

Kejadian telefon bimbit atau media sosial membabitkan ahli politik digodam bukan perkara baru di negara ini.

Kali ini mangsanya adalah perdana menteri sendiri.

Pada Januari tahun lalu, talian telefon dan aplikasi WhatsApp anggota parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dilaporkan digodam.

Pegawai khasnya berkata penggodam turut mengubah gambar profil WhatsApp Mahdzir kepada gambar monyet sedang menghisap rokok.

Kurang sebulan selepas itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail pula mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Telegram ialah aplikasi sembang yang serupa seperti WhatsApp dengan penekanan pada ciri-ciri keselamatan kerana ia membenarkan ciri Penyulitan Hujung Ke Hujung (end-to-end encryption) dan mesej pemadaman sendiri.


Bagaimanapun, ia tidak kebal terhadap akses yang tidak dibenarkan. Sebelum ini, beberapa artikel dan video dalam talian menunjukkan bahawa teknik spoofing boleh digunakan untuk mengambil alih akaun Telegram.

Pada 2019, sembang kumpulan Telegram yang bocor membawa kepada peletakan jawatan gabenor Puerto Rico Ricardo Rosselló.

Secara keseluruhan, 889 halaman log sembang telah dibocorkan, yang dikatakan oleh penggodam.

Telegram dicipta oleh adik beradik dari Rusia Nikolai dan Pavel Durov, yang juga mengasaskan VK - rangkaian sosial terbesar di Rusia