Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Waris Kesultanan Sulu rampas aset USD2 billion milik Petronas


Kuala Lumpur: Aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times.

Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion.

Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan, adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Untuk rekod, pampasan sebanyak RM5300 telah dibayar kepada Kesultanan Sulu setiap tahun sejak  1878. 

Bayaran tersebut telah dihentikan setelah pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas yang dipanggil Royal Sulu Force (RSF) yang telah mengorbankan ramai anggota polis dan komando VAT69 Malaysia pada tahun 2013. 

Sejak dari itu Perdana Menteri ketika itu, DS Najib Razak telah menghentikan dan tidak lagi melayan apa-apa tuntutan oleh keluarga Kesultanan Sulu di atas pencerobohan tersebut.

wira-wira yang terkorban di Lahad Datu


Pada tahun 2019 setelah kerajaan bertukar kepada Pakatan Harapan (PH), peguam negara ketika itu Tommy Thomas telah membalas surat kepada peguam di UK yang mewakili Waris Sulu telah menzahirkan rasa 'kesal' kerana Malaysia telah menghentikan pembayaran tersebut dan menawarkan sejumlah RM48,300 bagi tunggakan sejak 2013 hingga 2019. 

Dalam surat tersebut tidak pula menjelaskan mengenai pendirian Malaysia selepas insiden pencerobohan oleh Royal Sulu Force ke atas Sabah. Malah perkara itu langsung tidak diberitahu kepada umum dan juga tidak dibincangkan di Parlimen pada ketika itu.

Tommy Thomas

Oleh kerana Kerajaan PH ketika itu tidak menghantar wakil ke kes mahkamah di Sepanyol, surat Tommy Thomas tersebut telah dijadikan sebagai bahan bukti dan alasan utama peguam keturunan Sulu kerana surat tersebut disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah 'kesal' dan 'salah'

Berikut adalah surat oleh peguam negara Tommy Thomas kepada peguam waris Sulu.




Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan berkata, keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan undang-undang.


Beliau berkata, keputusan yang ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan, Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

-BHonline/TunCarlos.com