Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saman Fitnah: Zakir Naik selesai cara baik dengan Kulasegaran


Zakir Naik dan bekas menteri sumber manusia M Kulasegaran telah menyelesaikan tuntutan saman fitnah yang dikaitkan dengan ceramah pendakwah Islam itu.

Penghakiman persetujuan antara plaintif dan defendan dicatatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketika dihubungi, peguam Zakir, Akberdin Abdul Kader mengesahkan keputusan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arief Emran Arifin.

“Perkara itu telah diselesaikan secara baik.

"Syarat penyelesaian adalah peribadi dan sulit," kata peguam itu ketika dihubungi petang ini.


Berhubung saman Zakir Naik terhadap beberapa ahli politik lain, Akberdin berkata setakat masa ini tiada perbincangan penyelesaian antara pendakwah berkenaan dengan defendan lain.

Peguam K Shanmuga mewakili ahli Parlimen Ipoh Barat Kulasegaran semasa prosiding hari ini.

Pada 2019, Zakir memfailkan beberapa saman fitnah bukan sahaja terhadap Kulasegaran tetapi empat lagi tokoh politik, iaitu ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, Adun Bagan Dalam Satees Muniandy dan bekas duta Dennis J Ignatius.

Saman itu difailkan susulan kenyataan kontroversi Zakir dalam satu ceramah di Kelantan pada 8 Ogos 2019 mengenai penyebaran Islam secara aman di Kepulauan Melayu.

-MalaysiaKini