Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dibaham buaya ketika memancing, mayat Norsila akhirnya ditemui


Mayat seorang wanita dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan Sabah sudah ditemui hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 6.35 minit pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Balai Polis dan Penyelamat (BPP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin apabila penduduk kampung yang menyertai SAR terdengar bunyi pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Pun begitu, tubuh mangsa ditemui dalam keadaan kurang sempurna dan dilaporkan mangsa ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi disampar buaya.

Difahamkan mayat mangsa kemudiannua di bawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan disambar buaya ketika memancing di di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba disambar reptilia berkenaan dan dibawa ke dalam air lalu hilang.

Menurut sumber, kawasan itu merupakan lokasi tumpuan penduduk setempat untuk memancing lebih-lebih lagi ketika air sungai pasang.