Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes pukul, polis minta pelakon Lufya segera buat laporan


Berita tentang kejadian yang menimpa selebriti wanita, Lufya Omar dan anaknya, Laana Haura seperti yang dikhabarkan di media sosial benar-benar mengejutkan ramai.

Pemilik nama Lutfyah binti Sheikh Omar itu memaklumkan yang dirinya cedera dipukul dengan sebatang kayu sewaktu bergelut menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa culik seorang lelaki ketika mereka berada di taman permainan sekitar dua hari yang lalu.

Cedera di muka dan badan
Pelakon itu turut memuat naik beberapa gambar kesan kecederaan yang dialaminya akibat dari pergelutan yang berlaku. Dapat beberapa kesan calar dan luka diwajahnya akibat pukulan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Gambar dimuatnaik Lufya di instagram


Belum menerima sebarang laporan
Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menyatakan yang Lufya masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dia anak beranak.

Jadi, dia berharap supaya selebriti itu segera melakukan laporan polis agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lebih lanjut.


“Kita sudah buat semakan dan mendapati mangsa belum membuat laporan polis. Kita nasihatkan mangsa supaya tampil membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, selebriti yang juga ibu tunggal berusia 35 tahun itu memaklumkan anaknya hampir diculik oleh seorang lelaki Melayu berbadan besar ketika mereka berada di taman permainan sekitar jam 4 hingga 5 petang.

Setakat ini, Lufya telah mendapatkan rawatan disalah sebuah hospital dan akan segera membuat laporan polis.

-OhMyMedia