Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peguam terkenal ditahan SPRM, kantoi minta suapan RM4 juta


PETALING JAYA: Seorang peguam terkenal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih kurang RM100,000 yang kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Satu sumber mendedahkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sumber berkata, peguam berkenaan sebelum itu dikatakan meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat kononnya sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat tersebut berkaitan sebuah projek pembangunan.


“Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. 

– UTUSAN