Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Imej terbaru Emma Maembong buat netizen jadi tak keruan



PETALING JAYA – Seperti tidak pernah serik, aktres popular Emma Maembong sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila memuat naik video memakai pakaian yang agak mencolok mata dalam Instagram.

Seperti yang dilaporkan Kosmo Online, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mencuri perhatian netizen apabila menggayakan singlet putih sendat dan berseluar merah dengan gaya rambut bertocang panjang berwarna biru.

Tidak berkongsi lanjut mengenai stail ‘berani mati’ tersebut, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu hanya menitipkan ucapan terima kasih buat sebuah salun rambut yang barangkali telah mendandan penampilannya sebegitu rupa.



Perkongsian tersebut seterusnya meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kecewa dengan penampilan seksi wanita anak satu itu.

“Emma semakin seksi, lebih cantik bertudung seperti dulu,” komen netizen.

Awak cantik tetapi saya lagi suka Emma yang dulu,” tulis pengguna Instagram.

“Kenapa jadi macam ini, semakin mencolok mata. Ramadan baru berlalu dan sekarang bulan Syawal,” kata seorang lagi netizen.

Difahamkan, Emma kini sedang bercuti dan foto tersebut diambil di Seminyak, Bali, Indonesia.

Bukan sahaja dikritik isu seksi malah penampilan Emma turut mengundang ‘khutbah’ netizen yang mendoakan wanita berusia 30 tahun itu berubah dan kembali menutup aurat dengan mensyukuri nikmat Tuhan.

“Dari bertudung sampai jadi mcm ni…Allahhuakhbar! Simpanlah auratmu Emma, ambillah ikhtibar sikit daripada Covid ni. Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak, tak reti nak bersyukur ke Emma, Allah Maha Baik Emma, kita manusia yg masih lalai,” tulis seorang netizen berbaur tazkirah untu Emma.


Sebagai info, Emma pernah beberapa kali diktirik kerana isu pakaian yang digayakannya.

Untuk rekod, dia pernah mencetuskan kontroversi sekitar tahun 2019 selepas mengambil keputusan membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab bersama seorang lelaki tular dalam media sosial  

– KOSMO! ONLINE