Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Babyshima dedah mesej dan wajah lelaki gila seks


Baby Shima Akhirnya dedah Muka lelaki mesej berbaur lucah. Bukan kali pertama menerima mesej berbaur lucah di Instagram, nampaknya penyanyi Baby Shima terus dihujani dengan gangguan seksual di platform tersebut.

Baru-baru ini, perkongsian Shima menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mesej diterima daripada seorang individu yang mahu melakukan perkara tidak senonoh dengan penyanyi tersebut

Melihatkan mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut dipercayai pelajar sekolah agak melampau, Shima akhirnya mendedahkan foto individu berkenaan kepada umum.

Turut menyertakan nama akaun lelaki berkenaan, Shima turut meminta bantuan orang ramai untuk ‘uruskan’ individu itu.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang terkejut dengan tindakan berani individu berkenaan.


Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan tindakan Shima menularkan individu berkenaan dalam masa sama memberi pengajaran.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa tindakan lelaki itu yang dipercayai berasal dari Johor memalukan nama negeri itu. Tak pasal-pasal dah famous, harap dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.





-Oh Bulan