Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sanggup tinggal makan, ratusan pengunjung Medan Selera Cina kerumun Najib


PRN JOHOR: Bekas Perdana Mnteri Datuk Seri Najib Rzak hadir di Medan Selera 988 di pinggir bandar Iskandar Puteri malam tadi untuk berkempen bagi calon MCA Skudai Lim Soon Hai.

Ratusan pengunjung yang hadir di medan selera berkerumun di sekeliling Najib sebaik dia keluar dari kenderaannya pada 9.40 malam. 

Pengerusi lembaga penasihat BN itu disambut dengan rombongan tarian singa dan kemudiannya diiringi oleh penyokong yang melaungkan "Bossku! Bossku!" ke mejanya.

Ada yang sanggup berhenti dulu makan dan minum mengerumuni meja dan ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.





Najib turut menyampaikan ucapan, dan menggambarkan DAP sebagai parti yang membelakangkan masyarakat Cina.

Lim dari BN berdepan Marina Ibrahim dari DAP dan Khoo Kong Ek dari Perikatan Nasional (PN).


Najib, dalam ucapannya, membidas DAP kerana memotong pembiayaan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan juga menggembar-gemburkan keputusannya membenarkan pembesaran Sekolah Tinggi Foon Yew semasa menjadi perdana menteri dan menteri pendidikan.

“DAP tak guna, (sekarang) mereka letak calon Melayu.

"Itu tipu saja. Mereka melakukan silap mata. Siapa yang kita mahu? Lim Soon Hai," katanya ketika penonton yang kebanyakannya berbangsa Cina bersorak.

Najib berkata pengundi harus menyokong BN kerana ia adil kepada semua kaum dan dia menggesa mereka untuk memberi pengajaran kepada DAP.

Pada pilihan raya umum 2018, DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti 35,126 undi.

-Malaysiakini/TunCarlos