Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tommy Thomas mengaku kurangkan tuduhan dadah terhadap anak Vincent Tan




PETALING JAYA: Tommy Thomas membidas dakwaan bahawa beliau bertindak secara korup semasa berkhidmat sebagai Peguam Negara dalam kes anak hartawan Vincent Tan, yang ditahan atas kesalahan dadah.

Dalam kenyataan Thomas berkata, seperti lazimnya dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan.

“Setelah mengkaji representasi dan kertas siasatan, menyemak peruntukan berkaitan dan perbincangan dengan pegawai kes, saya ingat (saya) mengurangkan pertuduhan.

Menurut Tommy,  mengurangkan atau menggugurkan tuduhan susulan reprisentasi itu adalah perkara biasa.

“Saya tidak mempunyai akses kepada mana-mana dokumen, rekod atau fail yang dikendalikan oleh mereka yang menyediakan kertas siasatan,” katanya sambil menambah, beliau tidak dapat memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kes itu.

Ini susulan akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki Tan ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).


Thomas berkata, dakwaan bahawa beliau korup dalam konteks hantaran itu membawa maksud dia menerima rasuah.

Katanya, sepanjang kerjaya profesionalnya dan secara peribadi, beliau tidak pernah memberi rasuah, dan sebagai penjawat awam, tidak pernah menerima rasuah.

Integriti, kejujuran dan kebenaran adalah nilai yang berharga bagi saya. Malah, ia tidak boleh digugat, saya tidak pernah berkompromi mengenainya. Saya dengan keras menafikan tuduhan bahawa saya menerima rasuah ketika membuat keputusan ini,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah mengenali Tan sebelum menjadi Peguam Negara, dan tidak pernah bertindak bagi pihak hartawan itu atau mana-mana syarikatnya.

Menurutnya, dia juga tidak pernah mewakili Tan sejak kembali menjadi pengamal undang-undang selepas tidak lagi menjadi Peguam Negara.

“Masa dan kekejian serangan ke atas integriti saya ini berkait dengan perbicaraan (1MDB) Roger Ng yang baru bermula di New York, membabitkan penyelewengan dana milik Malaysia.

Ahli politik dan tokoh kita akan ditampilkan ketika keterangan dibentangkan pada perbicaraan, yang menerima liputan media di seluruh dunia. Berdasarkan latar belakang ini, saya adalah sasaran dan lencongan yang mudah,” katanya.

-FMT