Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tinggalkan UMNO sertai PN, hukumnya harus -Muhyiddin



KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ahli-ahli UMNO meninggalkan parti itu kerana tindakan tersebut adalah satu ibadah.

Ini kerana, Muhyiddin menyifatkan langkah itu adalah satu perbuatan yang meninggalkan kemungkaran dan menegakkan kebenaran.

Macam mana takut buat salah (meninggalkan UMNO), ini ada (Presiden Pas) Abdul Hadi (Awang), apa fatwa tingalkan UMNO dan sertai PN? Harus.

“Boleh jadi hukumnya sunat, hijrah meninggalkan kemungkaran dan sertai PN yang menegakkan kebenaran adalah satu amal ibadah. Tinggalkan UMNO tidak mengapa, tiada salahnya,” kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan Perikatan Nasional (PN) Johor di Kota Tinggi, lewat malam tadi.

Hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bersama-sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PN dan juga Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berkata, langkah bersama PN juga merupakan satu ibadah kerana gabungan tersebut tidak bersubahat dengan pimpinan UMNO yang disabitkan kesalahan di mahkamah.

Kita tak bersama kumpulan kluster mahkamah yang dianggap melakukan banyak kemungkaran dan kesalahan, jangan subahat dengan kumpulan seperti itu.

“Sebab itu silakan jemput mereka bersama kita dalam PN, boleh masuk Pas, Bersatu atau, Gerakan, ini parti gabungan bersih, lebih baik tinggalkan kotor yang lalu iaitu UMNO,” katanya lagi. 

– MalaysiaGazette