Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Johor: PKR senaraikan 6 orang calon hari ini



KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengemukakan enam calon muka baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Kesemua mereka adalah:
 
Zulinah A. Johari (Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh), 

Haniff @Ghazali Hosman (DUN Benut),

Mohd Zaiful Bakri (DUN Kukup), 

Haryati Abu Nasir (DUN Semarang), 

Rosman Tahir (DUN Tanjong Surat) dan 

Exco Angkatan Muda Keadilan Johor, Omar Mokhtar Abdul Manap di DUN Johor Lama.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majoriti calon terdiri dalam kalangan orang muda.

“Semua barisan calon kita tonjolkan tokoh muda di bawah 40 tahun, saya jadi ahli Parlimen 32 tahun, calon yang ada lebih muda.

“Sepatutnya saya umumkan dua calon di sini dan lima di Benut tapi saya diberitahu saya dititah menghadap (Tengku Mahkota Johor) jadi saya terpaksa umumkan sekarang dan kemudian mohon teruskan kerja dan dalam kesempatan hari lain saya akan sampai ke kawasan lain,” katanya dalam pengumuman calon di Pasir Gudang hari ini.

Dalam pada itu, DUN Rengit menyaksikan parti itu mencalonkan bekas ADUN Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim bagi merebut kerusi itu.

Khairuddin sebelum ini adalah ADUN daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang mengumumkan menyertai PKR pada 27 Februari tahun lalu.

Kerusi itu sebelum ini pernah ditandingi Malik Faishal Ahmad yang kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ayub Jamil dengan majoriti 4,172 undi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.

Sebelum ini, PKR mengemukakan tiga calon muka baharu di zon utara iaitu C.Subramani di kerusi DUN Buloh Kasap, Yong Thau di DUN Pemanis dan Azmi Masrani bagi DUN Sri Medan.

Tiga muka lama turut dikekalkan PKR iaitu penyandang DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; DUN Bukit Naning, Md. Ysahrudin Kusni dan DUN Tiram, S. Gopalakrishnan.

Selain itu, Na’im Jusri (DUN Gambir), Abdullah Sahid (DUN Sungai Balang), Dr. Maszlee Malik (DUN Layang-layang), Dr Zamil Najwah Arbain (DUN Larkin), Napsiah Khamis Maharan (DUN Kempas), Fakhruddin Moslim (DUN Pasir Raja) dan Arthur Chiong Sen Sern (DUN Bukit Batu).

Pakatan Harapan sebelum ini memuktamadkan bahawa PKR akan bertanding 20 kerusi, Amanah 20 kerusi manakala DAP sebanyak 16 kerusi. 

– MalaysiaGazette