Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zaman Anwar dah berlalu, kumpulan baru perlu ambil alih -Mukhriz



Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri.

"Saya rasa masanya sudah berlalu. Saya fikir ramai yang telah menyatakan demikian dalam PH sendiri.

“Sudah tiba masanya untuk kumpulan baru mengambil alih,” kata Mukhriz kepada BFM dalam satu temu bual semalam.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya jika dirinya mempunyai "sebarang isu" dengan Anwar sebagai calon perdana menteri selepas dia berkata bahawa Pejuang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH.

"Saya tidak menolak kemungkinan itu (bekerjasama dengan PH). Kami masih terbuka untuk perbincangan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai isu tertentu (yang perlu kita bangkitkan) tentang sambutan pengundi Melayu terhadap PH,” katanya.

Ketika ditanya jika dirinya mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri, Mukhriz berkata: "Saya mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan."

Ketika ini, Pejuang merancang untuk meletakkan 120 calon pada pilihan raya Parlimen akan datang. Mukhriz berkata bakal sekutu kini termasuk Warisan dan Muda yang "sangat rapat" dengan Pejuang.

Pejuang, katanya, akan memberi tumpuan kepada kerusi pilihan raya majoriti penduduk Melayu luar bandar.

Sekiranya Pejuang membentuk satu lagi pakatan, maka ia akan menjadi yang keempat di peringkat nasional selepas BN, PH dan Perikatan Nasional.

Pejuang adalah parti serpihan Bersatu, yang pula adalah serpihan Umno.

Pada masa ini, Pejuang hanya mempunyai empat ahli parlimen.

-Mkini