Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lim Kit Siang meroyan Najib bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan



Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meluluskan pelantikan Najib Razak sebagai menteri, jika nama bekas perdana menteri dihantar kepada agensi itu untuk semakan.

Dia membangkitkan persoalan itu susulan laporan berhubung spekulasi penyusunan semula kabinet membabitkan empat menteri, dengan Najib disebut-sebut bakal diangkat sebagai penasihat ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

“Menjadi amalan biasa untuk memanjangkan senarai cadangan pelantikan sama ada ke dalam kabinet atau apa-apa jawatan tinggi kerajaan ke SPRM untuk semakan.

“Adakah SPRM akan meluluskan pelantikan penjenayah yang telah disabitkan bersalah sebagai menteri kabinet?” soal veteran DAP itu dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Ismail Sabri akan menggugurkan beberapa menteri - tiga atau empat- namun ia dinafikan sumber yang dekat dengan perdana menteri.

Antara nama menteri yang disebut-sebut akan digugurkan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad susulan kritikan terhadap Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dikatakan gagal memainkan peranan berkesan semasa bencana banjir.

Nadma berada bawah bidang kuasa Latiff.

Selain itu nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Rina Harun turut disebut-sebut. Dia dikecam hebat kerana menyembur kaki lima sebuah sekolah yang tidak dicemari lumpur banjir, tular di alam maya.

Spekulasi Najib akan dilantik sebagai penasihat ekonomi juga bertiup kembali setelah muncul kali pertama September lalu.

Lim turut mempersoalkan apakah khabar angin itu ada kaitan dengan sikap membisu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memiliki lebih dua juta saham dalam syarikat senaraian awam dan syarikat lain.

Kata Lim, meskipun dia tidak pasti ketepatan laporan itu, melantik Najib ke apa-apa jawatan bertaraf menteri adalah melanggar “garisan merah” dan menjejaskan memorandum persefahaman (MOU) Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan.

-Mkini