Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Johor: Bersatu mahu kerjasama dengan PH, tanpa DAP




KUALA LUMPUR : Dua strategi dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat yang dijalankan malam semalam bagi mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

Menurut laporan Utusan Malaysia, strategi tersebut ialah menjalankan kerjasama dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tanpa DAP, sementara strategi kedua adalah tindakan menarik sokongan daripada kerajaan sedia ada. 

Sumber berkata strategi itu adalah untuk menamatkan dominasi Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan.

Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri kelmarin dengan yakin berkata Muhyiddin, sebagai ahli politik veteran serta ketua parti yang bertanggungjawab pada PRN itu akan dapat membawa kemenangan kepada calon mereka yang lain.

"Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang," kata Solihan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, keputusan ini tidak akan menghalang mahupun memberi kesan negatif kepada Bersatu dalam PRN Johor.

-Utusan/Mkini