Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengamal media berkumpul di IJN, Tun Mahathir dikhabarkan tenat




Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan membimbangkan.

Perkhabaran itu mula dikongsi orang ramai di media sosial hari ini, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ahli keluarga mahupun individu terdekat.

Ketika ini, pengamal media mula berkumpul di hadapan IJN di sini, bagi mendapatkan perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Semenrara itu, pembantu Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mengeluarkan penjelasan tidak lama lagi di tengah-tengah desas-desus bekas perdana menteri itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk kali ketiga dalam sebulan.





Pihak media telah meminta penjelasan daripada pejabat Dr Mahathir tetapi ketua komunikasinya, Sufi Yusof, memetik sensitiviti berkenaan isu itu dan berkata kenyataan akan dikeluarkan apabila keadaan mengizinkan.

"Terima kasih kerana memahami. Dan saya rasa kita semua telah bekerja dengan baik untuk memahami antara satu sama lain," kata Sufi kepada pemberita dalam kumpulan akhbar Mahathir di WhatsApp.

"Bagi pihak kami buat masa ini kami dikawal oleh sensitiviti serta isu persetujuan dan bidang kuasa.

"Saya melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu itu supaya kita dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai situasi tersebut," kata Sufi.

"Jadi bersabarlah sebentar sehingga kami dapat menyelesaikannya. Apa sahaja yang berada dalam bidang kuasa saya, saya akan membalas secepat yang saya mampu," katanya.


Pihak IJN dikatakan akan memberi kenyataan pada petang ini.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir kali kedua dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dilaporkan semakin pulih.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut