Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Jangan salahkan AJK masjid, ingin beri pengajaran kepada cucu' dedah Datuk


KUANG – Datuk kepada remaja mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah  mendedahkan bahawa beliau yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, Rosli Sidek, 65, berkata, ini kerana beliau ingin memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.

Malah, katanya, beliau tidak ingin apa yang terjadi terhadap keluarganya gara-gara sikap negatif Daniel Iskandar sebelum ini akan menimpa orang lain.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.

Rosli turut memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.

-MalaysiaGazette