Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gangguan seksual, Lokman Adam gesa Ketua Hakim Syarie buat sumpah laknat


Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Lokman Adam malam tadi menggesa Ketua Hakim Mahkamah Syarie Malaysia, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar membersihkan namanya dari tuduhan gangguan seksual dengan melakukan sumpah laknat.

Ia sebagai tindak balas setelah satu laporan polis dibuat keatasnya yang mengatakan beliau telah menfitnah Na'im.

Peguam yang mewakili Na'im juga telah menyatakan bahawa tindakan saman akan diambil keatas Lokman setelah perkara itu dibongkarkan melalui video Live di Facebooknya beberapa hari yang lalu.

"Dia nak saman, samanlah. Tapi saya hanya akan mohon maaf sekiranya dia bersumpah mubahalah yang beliau tidak pernah melakukan perkara itu, dan tidak pernah menyentuh kedua-dua wanita terbabit."kata Lokman dari Live FB di facebook beliau.

"Sebagai seorang Islam, saya percaya jika dia dah bersumpah dengan kalimah wallahi, wabillahi, watallahi, saya akan mempercayainya. Selebihnya ia adalah antara beliau dengan Tuhan." kata Lokman.

Dalam laporan sebelum ini, Na'im "menafikan sekeras-kerasnya" dakwaan bahawa dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di rumahnya seperti yang didakwa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita itu dan saya telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasatnya kerana membuat laporan polis palsu, yang didalangi beberapa individu yang mahukan jawatan saya serta cuba menjatuhkan saya.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan mereka, dan menyerahkan nama individu yang masih berkhidmat di jabatan di bawah arahan saya,” kata hakim itu dalam laporan polisnya.

Na'im juga mendakwa bahawa ini bukan percubaan pertama untuk menjatuhkannya. Katanya, sebelum ini, individu yang sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita lain tetapi ini dikatakan tidak berjaya.

Dilaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidurnya pada 2020.

Menurut laporan berita, kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim berkenaan melawat rumah wanita itu, yang tinggal bersama suaminya.

Hakim itu pada bulan yang sama membuat laporan balas polis, mendakwa wanita berkenaan telah membuat laporan polis palsu terhadapnya.

-TunCarlos

Live Lokman Adam: