Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Dia tengah lalok, mandikan ala jenazah supaya segar' -AJK Masjid



KUANG – Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah, di sini, berkongsi pengalamannya memandikan seorang remaja dengan menjirus air mengikut prosedur mandi jenazah.

Mohamad Ayub Han Khalil berkata, beliau melakukan tindakan itu kerana Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, berada dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditangkap.

Jelas beliau, ‘mandi ala jenazah’ itu dibuat termasuk meletakkan kapur barus bagi memberi ‘kesegaran’ kepada remaja yang mencuri tabung masjid itu untuk berada dalam keadaan normal.

“Kami mandikan remaja ini atas beberapa sebab iaitu satu sebagai pengajaran di mana tiada unsur-unsur penderaan. Boleh periksa luka dan lebam memang tidak ada.

“Yang kedua remaja ini berada dalam keadaan khayal dan kita mandikan bagi dia segar. Yang ketiga ketika hendak elak bencana lebih besar sebab di luar masjid sudah ada sekitar 40 pemuda dipanggil ‘Kuang Krew’ yang menangkap remaja itu

“Kita hendak elak dia jadi mangsa ‘belasah’ dalam kalangan pemuda yang tengah geram dan AJK masjid ambil keputusan ‘simpan’ dulu dalam bilik jenazah.

“Alang-alang di bilik jenazah dan tabung masjid memang ada di situ, kami biar di situ kerana dia tengah khayal.

“Tujuan kami bagi dia segar, bagi pengajaran dan mengelak musibah ke atas remaja ini lagi teruk,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

-MalaysiaGazette