Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

13 cawangan DAP di Johor lumpuh, 1000 ahli keluar parti


JOHOR BAHRU: Dianggarkan seramai 1,000 
ahli DAP daripada 13 cawangan parti itu di seluruh Johor mengumumkan keluar parti selepas dikatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong.

Jurucakap kumpulan berkenaan, A. Sandra Segaran berkata, antara cawangan berkenaan termasuk Cawangan Taman Nusa Bestari, Taman Mewah, Taman Nesa, Senai Utama, Taman Puteri Wangsa, Kampung Sepakat, Bekok Timur dan Tangkak Jaya.

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Nusa Bestari itu berkata, keputusan berkenaan diambil tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak selepas mereka mengadakan perbincangan.

“Chin Tong gagal dalam peranan beliau untuk memimpin, malah sering mengamalkan sistem ‘divide and rule’ selain menjadi diktator yang tidak berminat mendengar pandangan rakan-rakan akar umbi.

“Kami merasa diketepikan oleh jawatankuasa DAP negeri selepas pemilihan di peringkat negeri pada Mei tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Akademi Kriket Johor Datuk Dr. Harjit Singh di sini hari ini.



Turut hadir, Ketua Pemuda Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, K Alagenthiran.

Sementara itu, Alagenthiran memberitahu, ramai dalam kalangan bekas ahli DAP itu menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu namun mereka masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.

Menurutnya, keputusan muktamad bakal diambil mereka dalam waktu terdekat ini.