Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Search perkenal vokalis baru, bukan dari Malaysia



Kuala Lumpur: Kumpulan rock legenda, Search bakal tampil dengan penyanyi baru dari luar negara yang akan diperkenalkan pada 31 Disember ini.

Pemain gitarnya, Noordin Mohd Taib berkata, penyanyi itu akan diperkenalkan pada majlis pembukaan kedai barangan Search iaitu Search Rock Station di pusat beli-belah Campbell, di sini, pada 31 Disember ini jam 9 malam.

"Kita rahsiakan dulu siapa penyanyinya. Cuma saya boleh katakan ia bukan penyanyi dari Malaysia dan berpengalaman membuat persembahan di Eropah," katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi asal Search, Amy meninggalkan kumpulan itu pada Mac tahun lalu.

Selain Noordin, Search kini turut dianggotai pemain gitar, Kid.

Dalam perkembangan berkaitan, Search juga bakal memperkenalkan pemain bass baru selain mengekalkan Pae sebagai pemain dram.

Noordin berkata, pemain bass terbabit juga akan diperkenalkan pada majlis itu.

"Dia adalah pemuzik yang berpengalaman luas dalam arena muzik rock tanah air," katanya.