Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib dedah anak Mahathir bantu rakan dapatkan 2,471 ekar tanah balak




Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hari ini membuat satu pendedahan yang menggemparkan rakyat Malaysia apabila membuktikan anak kepada Tun Mahathir pernah membantu rakan beliau untuk mendapatkan beribu-ribu ekar tanah balak.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa netizen kecewa kerana Tun Mahathir tidak jawab isu berhubung tanah balak yang diluluskan oleh anak beliau Mukhriz Mahathir yang juga merupakan Menteri Besar Kedah pada ketika itu.

"Saya terbaca beberapa komen dalam posting saya semalam berhubung Tun Mahathir mengaku menerima pajakan tanah tepi pantai Langkawi, Kedah seluas 34 ekar selama 60 tahun dengan harga RM3,200 setahun (untuk kesemua 34 ekar) dari LADA pada tahun 2014 ketika dia penasihat LADA dan anak dia Menteri Besar Kedah serta EXCO tanah."

"Mereka kecewa kenapa Tun Mahathir hanya jawab saya berhubung tanah Langkawi sedangkan saya juga bangkitkan isu penerimaan konsesi dan tanah balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar) oleh anaknya pada ketika Tun Mahathir adalah PM."ujar Najib

"Sebenarnya Tun Mahathir tak perlu jawab perkara ini sebab anaknya sendiri sudahpun mengaku.
Anaknya kata itu cerita lama. Dia cuma bantu kawan. Dan dia tidak menerima manfaat besar. Sebab cuma 2,471 ekar tanah balak sahaja."


"Balak: Saya hanya bantu kawan, itu cerita lama - Mukhriz"

"Baik hati betul Mukhriz. Bantu kawan je tanpa manfaat besar. Bila dia juga nak bantu saya atau netizen untuk turut menerima tanah balak seluas 2,471 ekar?" soal Najib.

"Dengan ini, saya harap Tun Mahathir akan henti bangkitkan isu ofis saya memohon kediaman kerajaan di bawah akta kerajaan yang dipinda dia sendiri sebab saya sudahpun menolak tawaran tersebut."

"Jika Tun M masih mahu bangkit maka harap dia tunjukkan di bawah akta kerajaan apa yang ayah berhak menerima tanah tepi pantai kerajaan semasa anak dia adalah Menteri Besar, dan di bawah akta kerajaan mana yang anak berhak menerima ribuan tanah balak semasa ayah dia adalah Perdana Menteri."soal Najib.

-TunCarlos